Harini puasa ganti serta puasa Rejab...Lagi tak sampai 2 bulan Ramadhan menjelma lagi..Hrmmm..sepeti biasa puasa masih tak berganti...Setiap tajun mcm nilah...selalu ganti puasa saat² akhir.
Insyaallah, minggu ni nak puasa sampai Jumaat..Harini terasa bahagia bile dpt solat zohor buat pertama kalinyer di ofis..bila bersolat tadi terasa betapa diri ini berdosa bila selalu mengabaikan solat Zohor..islam apakah aku ini bile kepala berhijab tetapi solat zohor tidak aku tunaikan...
Barulah terasa muslimah sejati bile dpt bersolat Zohor..Kalau tak bali kerja ptg jam 6.30pm sampai umah bergegaslah solat Asar dan mengqadakkan Zohor..
Sesungguhnyer aku ini umat Mu yg lemah dan selalu ingin kan petunjuk dari Mu Ya Allah..
Dan semlm buat pertama kalinyer aku ke Rumah Mayat melihat jenazah arwah pakcik ku yg kembali ke Rahmatullah mlm semalam jam 10pm di hospital Sultanah aminah kerana serangan jantung...Terasa mmg hidup ini sementara..bila² masa saje Allah akn mengambil nyawa kita..
Arwah pakcik yg datang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri majlis kenduri kawin sahabat nyer di Johor Bahru. Selepas majlis arwah dan isteri balik ke bilik hotel dan tiba² arwah mengalami sesak nafas. sdgn bantuan pekerja hotel, arwah dihantar ke hospital. setibanyer di hospital pada masa itu ingatkan masalah asma..selepas mendapat oksigen arwah pun terus ke kereta bersama isteri untuk kembali ke hotel tetapi di dalam kereta terus mengalami sesak nafas yg teruk dan di bawa balik masuk ke emergency ward.
Saya bersama mak datang melawat di Wad ICU utk melihat keadaan arwah. Doktor memberitahu keadaan arwah sngat kritikal dan tiada harapan. ubat yg paling kuat pun seperti tidak memberi kesan kerana tekanan darah yg amat rendah. apa yang dapat kami buat hanyalah berdoa dan berharap arwah kembali ok.
Malam jam 10.30pm sepupu saya bbm mengatakan pakcik dah meninggal. Kebetulan suami outstation ke Seremban sampai JB jam 11.30pm terus saya menjemput hubby di bus stand larkin dan bergegas ke rumah mayat kerana malam itu jugak jenazah akan di bawa pulang ke Kuala Lumpur.
Sempatlah hubby sama² sembahyang jenazah dan kami menunggu van jenazah sampai dan menunggu mereka semua berangkat ke Kuala Lumpur. kabarnyer kos pengangkutan mencecah RM1,000.00.
Jam 1pm van jenazah dan 2 biji kereta terus berangkat ke Kuala lumpur dan saya pun balik ke rumah.
Sampai rumah solat Isyak dan sedekahkan al Fatihah utk arwah.
Insaf dan semakin menyedari betapa byk lagi kekurangan diri...
No comments:
Post a Comment